ASSALAMUALAIKUM

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri". (surah Luqman, ayat 18).

27 April 2009

Video tertinggi di tonton di Utube ( Britain got talent)

TEMPAT KETIGA- Siapa sangka video seorang perempuan tua menjadi "the most view in Utube" yang mencecah angka 45juta. Aku ingat Utube server ada masalah dengan bilangan "viewer", tapi masuk jer part dia menyanyi WOW.... berdiri bulu roma. Haha..

47 Year old Susan Boyle wows the judges with her performance in the auditions for Britains Got Talent, singing I dreamed a dream from Les Miserables.
*latest update: dalam masa 1 hari naik ke angka 47juta viewer

Jom layan "Dont judge a book by its cover"





TEMPAT KEDUA- Asalnya merupakan seorang penjual henset. Aku pun x berapa percaya yang dia ni penjual henset semata-mata. Xkan penjual henset blh nyanyi sampai camni skali, atau dia berlatih ringtone hari-hari?..LOL.. Dia tujukan lagu untuk lover dia.. kemain lg dengan penuh perasaan. wawha..Jumlah viewer mencecah 49.7juta(30/4/09). Jom Layanzzz....

Paul Sing Nessun



TEMPAT PERTAMA (SETAKAT INI YANG AK JUMPA LA )- Video pelawak yang menggunakan pet. Video ini aku benci sebab menggunakan unsur agama .(Ur people suks!). korang tengok ja la. ak malas nk citer panjang. Jumlah viewer mencecah 87.7juta(30/4/09). Aku mmg kutuk video ni..... Fu*k this man..




24 April 2009

SSC-Super Sonic car

WTH!.... lol.. Kalau dulu masa mula-mula kapal terbang supersonic keluar terkejut aku ada benda yang bergerak lagi laju dari bunyi (Time tu famous dengan jet concord). Tapi lama-lama tak la hairan sangat. Era kapal terbang dengan kelajuan supersonic macam dah isi dengan kuku. Lagi pun kat udara takda trafic light, pokok, atau manusia yang lepak kat warung tepi jalan. Diorang boleh pecut sesuka hati bagaikan jalan diorang punya.

Tapi macam mana pula kelajuan supersonic pada kereta? Secara amnya kelajuan supersonic perlu mencapai 1238km/h. Bayangkan kalau aku dari Kelantan nak pergi KL, jarak dia lebih kurang 400Km, jadi untuk sampai KL lebih kurang 19-20 min jer..LMAO! Hari-hari aku pergi megamall kalau camni.

Ni keta yang aku maksudkan..


Nama: Thrust SSC
Kelajuan: 1690km/h (laju dari speeding bullet)
Panjang: 12.8 meter
Top speed dalam masa 40saat

Cecair yang tak membasahkan

Ada ke? Ada kot. Tapi memang ada pun. Ish.. Apa maksudnya ni? Memang ada la maksud dia. Percaya atau tidak sekarang ada cecair yang seakan-akan air masak (yang kita minum setiap hari tu) tetapi tak basah. Bukan saja tak basah malah kalau tertumpah atas keyboard pun kita jangan risau. Air ni ibarat penebat macam minyak masak juga.

Novec 1230 yang seakan air masak ini di reka bagi tujuan memadam kebakaran, sesuai dengan sifat penebatnya. Sifat kimia Novec 1230 tidak memberi kesan sampingan kepada manusia malah bersifat "environmentally friendly".


  • Struktur Kimia Novac1230


20 April 2009

Test Kelajuan Menaip

Ada sesiapa tercabar? haha... aku menaip 42 perkataan dalam masa seminit. Lembab juga heh...
Nak buat macamana aku hanya biasa guna button alt+a, alt+c, dan alt+ v jer. (Time buat assignment)


18 April 2009

Science - Saiz2 bintang (Kecilnya kita)

Yoshhhh..... akhirnya terdetik juga aku nak update blog setelah berkurun lama menghilang.

Sebenarnya aku tertarik dengan satu artikel ni, tentang saiz-saiz bintang. Benda ni dah lama terperap dalam hardisk, dari aku biarkan dia berkulat baik letak kat cni. Aku hanya nak letak gambar dan korang semua tengok2 lah. Dari gambar ni kita blh tahu betapa kecilnya bumi.



KLIK GAMBAR UNTUK BAGI DETAIL DAN CLEAR... PASTU DOWNLOAD DAN SIMPAN. Peace!!

Atau full picture klik SINI







26 February 2009

Islamic - Short Form Assalamualaikum

Walaupun benda ni dah lama diperkatakan tp ada lg yg masih melakukan. Mungkin mereka lupa atau blum tahu hakikat yg sebenar. Apa yg nk diperkatakan disini ialah penggunaan 'Akum' sebagai short form bg Assalamualaikum. Kenapa dilarang menggunakan perkataan short form ini? Ok dsini sy nk jelaskan serba sedikit apa yg tersembunyi di sebalik akum.

1. Perkataan Akum digunakan oleh orang2 Yahudi dan ditujukan kpd org bukan Yahudi yg membawa maksud 'Binatang' (dlm bahasa Ibrani).

2. Perkataan ini juga adalah short form bg "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud Hamba2 "binatang dan org2 sesat".

Kalau ia benar, apa salahnya kalau kita gna Assalamualaikum. Hya mmbezakan 1-1.2 saat tetapi lebih bermakna dan mndapat pahala lg. Mungkin kita rasa assalamualaikum itu panjang dan boleh menyebabkan 2 page SMS jadi sy syorkan gnakan lah short form 'salam'. Dan salam tu lebih baik bunyinya dari A'kum....

sma2 kita nilai....

17 February 2009

Islamic - Bulan Lahir Dalam Islam

Bagi anda yang belum tahu bulan kelahiran anda dlm bulan Islam blh cuba di web ni. Anda kena masukkan tarikh lahir dlm Masihi dan tekan convert. (Klik gambar untuk ke web tersebut)



Dalam bulan Islam pun ada maksud bg mereka yg lahir dlm bulan tersebut. Tp lupa lak link dia. Nnt ak update.

Have a nice day, Assalmualaikum...

p/s: Ak letak slot ni kejap jer.. jd copy paste n simpan ek..

Technology - Pilih Anti Virus?

Top 10 anti virus. Pc memang memerlukan anti virus untuk halang bendasing yg mampu merosak system Pc malah hardware skalipun. Jadi bagi sesiapa yang rasa konfius nak pilih mana satu anti virus yang baik disini aku mencadangkan korang cuba tgk hasil analisis satu agensi mengenai beberapa anti virus. Klik gambar untuk ke website agensi tersebut.


link rosak.. nnt ak update.. sry
Dalam senarai ni bit-defender memegang tempat pertama pada segi kualiti pertahanan virus pc yang terbaik. Namun ia juga memakan byk memori semasa pemprosesan. Tp dalam pemilihan antivirus sebenarnya bergantung kepada korang punya situasi. Maksud ak disini keupayaan pc, pengetahuan korang tentang virus dan seerti dgnya, dan apa yang korang pentingkan pada pc korang sendiri (contohnya pada aspek performance, atau lebihkan padan keselamatan, atau ditengah2). Sbgai cth: Ak lebihkan pada performance komputer coz ak tahu serba sedikit pasal virus dan treat (mungkin ak dapat halang secara manual). So aku gna anti virus yang ringan. It all up to u!!

Ilmu itu luas.... dan xkan habis.... malah semakin bertambah.. Allah maha kaya...


15 February 2009

Islamic - Syair seruan

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati,
Jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.
Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,
maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

04 February 2009

Science - Comet Lulin


Baru jer lepas peristiwa Gerhana Anular pada 26.jan lalu, dunia bakal pula menyaksikan satu lagi peristiwa yang menarik terutama pengkaji-pangkaji alam semeter. Iaitu kehadiran 'Comet Lulin' yang dijangka melintasi bumi pada 24 febuari. Komet ini akan berada berhampiran bumi sehingga Bulan April.

Sumber:

Satu lagi fenomena angkasa yang menarik dapat disaksikan apabila komet Lulin (C2007 N3) yang kini bergerak menghampiri bumi akan dapat dilihat dengan mata kasar bulan depan.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memberitahu, pergerakan komet tersebut antara buruj Scorpius dan Libra sebelum ke buruj Leo pada Februari ini telah dirakamkan dari Observatori Negara Langkawi minggu lepas.

Menurut agensi tersebut, komet tersebut dijangka mencapai tahap kecerahan maksimum dan boleh dilihat dengan mata kasar pada 24 Februari sehingga April.

“Orang ramai boleh melihat komet tersebut di bahagian timur sepanjang malam kerana kecerahan dan kelajuannya akan meningkat dari hari ke hari sehingga ia mencapai kecerahan maksimum,’’ kata agensi itu dalam kenyataan akhbar.

Komet Lulin berada pada kedudukan 0.41 AU (unit Astronomi) dan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi pada 24 Februari - lebih kurang 14.5 kali jarak antara Bumi dan Bulan.

Satu AU bersamaan jarak di antara Bumi dan Matahari (150 juta kilometer).

Maklumat lanjut pasal komet Lulin blh didapati di sini.

-------cont----------------------------Komet Lulin Beracun---------------------------

Komet beracun menuju ke bumi ARIZONA - Sebuah komet yang melepaskan gas beracun di angkasa sedang menuju ke arah bumi, lapor sebuah akhbar semalam. Komet itu yang dikenali dengan nama Lulin yang memancarkan cahaya hijau telah ditemui setahun lalu Ia ditemui oleh seorang pelajar meteorologi, Quanzhi Ye yang berumur 19 tahun ketika melakukan pemerhatian di balai cerap Lulin di Taiwan pada 2007. Gambar komet itu berjaya dirakam dengan jelas oleh seorang jurugambar amatur, Jack Newton dari sebuah balai cerap beberapa hari lalu. Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), komet itu akan mendekati bumi pada 24 Februari ini. Ketika itu jaraknya dengan bumi adalah sejauh 60.8 juta kilometer. - Agensi

03 February 2009

Personal - Terima Award... Baru ku paham..


Hahaha.... lawak bercampur lucu telah melanda kota raya Jeppa... Aduiii.... Al-Maklumlah baru berkecimpung dlm bidang blog tetiba jer kena trima award (blurrr)... Mana cek tau ape bendanya trima award tu.. ku ingatkan ambil hadiah masa kenduri nnt (kakak kawen) rupanya lain award dimaksudkan.. haha...

Pendekkan cerita jadi cita, blog Jeppa telah menerima Award !!( gempak kunun..lol) oleh Blog Karina...untuk menerima award ni. Waduh2 sih...mengapa mesti Beta? dan kenapa tidak mereka?. Xpa2... ku truskan juga..

Apa yang disuruh buat? Buat dono je la.... haha..

1. Namekan 3 org yg korang syg
2. Senarai 3 benda paling korg syg or hargai
3. Senarai kn 3 blog yg korg nk adiah kn award ni
hehe tu je...senang kn?

1. Tak boleh nak jawab sebab lebih dari 3 ( soklan tak diterima ..hehe)

2. (Benda) Computer, Selipar Jepun Itam, Berus gigi hijau.

3. Adui... xcukup member lagi untuk menghadiahkan Award nih... tunggu 2,3 miggu lg kot..

sabor la cik Karina
------The End------

Islamic - Hindari Blog yang menyesatkan

Flag/Report this Blog!!



Ini aku dapat dari sorang member di blog http://eins.jomphp.com/.
Ada 2 blog yg beliau katakan yg memaparkan ajaran2 yg mengelirukan dan boleh menyebabkan kita umat Islam terjerumus ke arah kesesatan.

2 blog tersebut ialah

1. http://www.syurga-islam.blogspot.com

2.
http://www.adibahahmed.blogspot.com

Kepada Saudara/Saudari se-Islam sebarkan demi Agama kita


02 February 2009

Humor - Pantun Ultraman..(Awesome)

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

31 January 2009

Politic - PM Turki Bengang Isu Gaza

PM Turki bengang dengan isu gaza. Berani bersuara di depan org ramai. salute!!

23 January 2009

Islamic - Kemanakah roh kita pergi setelah keluar dari jasad?

Abu BakarR.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu BakarR.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Sciece - Gerhana Separa Matahari (Gerhana Anular)



Peristiwa bersejarah dunia akan berulang pada 26 Januari 2009 dimana dunia bakal menyaksikan gerhana separa matahari. Peristiwa ini dapat disaksikan d negara kita Malaysia pada jam seperti berikut.. (Amnya pada pukul 4.30ptg-7.00ptg)

ini aku ambik beberapa bahagian sahaja..

Untuk maklumat lanjut anda boleh mendownload maklumat mengenai gerhana ini di Sini *.pdf

Fact - Banggunan tertinggi didunia


Dunia sekarang dah semakin gila-gila. Kali ni di Jeddah , Arab Saudi. Menara tertinggi di dunia bakal dibina. Ketinggian pulak mencecah 1.3K. Apa ke halnya nih? Menara petronas pun ak x sanggup duk kat atas tu. Tu pun baru 425meter. Tp ini sampai cecah 1.3k... fuhhh.. Dunia akhir zaman, semua nak banggakan Negara masing2 sampaikan yang mati kebulur pun dibiarkan...Tp masing2 punya pandanganlah.

RIYADH, Arab Saudi 13 Okt. – Kerabat diraja Saudi, Putera Al-Waleed Talal berkata, beliau merancang mem bina bangunan paling tinggi di dunia di bandar Jeddah tidak lama lagi.

Menurut kenyataan oleh syarikatnya, Kingdom Holding, ketinggian bangunan berkenaan dijangka melebihi 1,312.4 meter dan akan menjadi satu projek terbesar Arab Saudi.

Ia dijangka menelan kos sehingga 100 bilion riyal (RM93.9 bilion). Projek yang akan dikenali sebagai Kingdom City itu akan meliputi keluasan 23 juta meter persegi dan akan dilengkapi dengan kawasan kediaman mewah, hotel, pusat membeli-belah dan pejabat.

Sebelum ini, bandar Dubai di Emiriah Arab Bersatu juga mengumumkan ia akan membina bangunan melebih satu kilometer tinggi. – AP

22 January 2009

Motivation - You Fail?Then stop there?

Semalam member aku ada bgtau ada 1 video best. Pastu ak tgk......hurmm.. mmg menarik. mari kita tgk sama2.




Are You Going to Finish Strong - video powered by Metacafe

21 January 2009

Fact - Intel Core I7

Zaman sekarang skali pandang agaknya dah jadi terlampau extreme dan sememangnya x sempat untuk kita follow . Baru jer keluar duo core pejam celik dah menjelma core 2 duo (pc aku skrang). Selang jer brapa bulan keluar plak core 2 quad, core 2 extreme, quad core extreme dan bermacam2 lagi la yg berquad dan core.. Dah semena-menanya kuar plak yg terbaru core i7. Ntah la labu... bgaikan 20 tahun bezanya dgn pc ak nih..


info core i7...

Produced November 2008
Common manufacturer(s) Intel
Max Cpu clock 2.66 GHz to 3.2 GHz
QuickPath Interconnect speeds 4.8 GT/s to 6.4 GT/s
Min feature size 45 nm
Instruction set x86, x86-64, MMX, SSE, SSE2, SSE3, SSSE3, SSE4.1, SSE4.2
Microarchitecture Nehalem
Cores 4
Socket(s) Socket B (LGA 1366)
Core name(s) Bloomfield

Crisis - Israel tembak budak di kepala

Ya Allah Hancurkan lah musuh Islam ini sehancur-hancurnya..amin

berita di kupas dari www.bharian.com.my.

KAHERAH: Doktor yang mengendalikan satu-satunya mesin pengimbas otak di hospital di Mesir berhampiran Gaza terkejut apabila mendapati ramai kanak-kanak Palestin yang tiba dengan peluru berada di dalam kepala.

Dalam masa sehari minggu lalu, kakitangan Hospital -Al Arish di Sinai dipanggil untuk mengadakan imbasan CAT pada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, dua mangsa berusia 10 tahun dan seorang remaja 14 tahun, setiap seorang dengan peluru terlekat pada otak selepas diserang oleh tentera Israel dalam operasi mereka di Gaza.

Pegawai Israel, bagaimanapun terus bertegas menafikan tentera sengaja mensasarkan penduduk awam sebaliknya menyalahkan Hamas kerana berlindung di dalam rumah penduduk Gaza dan menjadikan mereka sebagai perisai manusia. ............