Ya Allah Hancurkan lah musuh Islam ini sehancur-hancurnya..amin
berita di kupas dari www.bharian.com.my.
KAHERAH: Doktor yang mengendalikan satu-satunya mesin pengimbas otak di hospital di Mesir berhampiran Gaza terkejut apabila mendapati ramai kanak-kanak Palestin yang tiba dengan peluru berada di dalam kepala.
Dalam masa sehari minggu lalu, kakitangan Hospital -Al Arish di Sinai dipanggil untuk mengadakan imbasan CAT pada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, dua mangsa berusia 10 tahun dan seorang remaja 14 tahun, setiap seorang dengan peluru terlekat pada otak selepas diserang oleh tentera Israel dalam operasi mereka di Gaza.
Pegawai Israel, bagaimanapun terus bertegas menafikan tentera sengaja mensasarkan penduduk awam sebaliknya menyalahkan Hamas kerana berlindung di dalam rumah penduduk Gaza dan menjadikan mereka sebagai perisai manusia. ............
21 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment