ASSALAMUALAIKUM

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri". (surah Luqman, ayat 18).

04 February 2009

Science - Comet Lulin


Baru jer lepas peristiwa Gerhana Anular pada 26.jan lalu, dunia bakal pula menyaksikan satu lagi peristiwa yang menarik terutama pengkaji-pangkaji alam semeter. Iaitu kehadiran 'Comet Lulin' yang dijangka melintasi bumi pada 24 febuari. Komet ini akan berada berhampiran bumi sehingga Bulan April.

Sumber:

Satu lagi fenomena angkasa yang menarik dapat disaksikan apabila komet Lulin (C2007 N3) yang kini bergerak menghampiri bumi akan dapat dilihat dengan mata kasar bulan depan.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memberitahu, pergerakan komet tersebut antara buruj Scorpius dan Libra sebelum ke buruj Leo pada Februari ini telah dirakamkan dari Observatori Negara Langkawi minggu lepas.

Menurut agensi tersebut, komet tersebut dijangka mencapai tahap kecerahan maksimum dan boleh dilihat dengan mata kasar pada 24 Februari sehingga April.

“Orang ramai boleh melihat komet tersebut di bahagian timur sepanjang malam kerana kecerahan dan kelajuannya akan meningkat dari hari ke hari sehingga ia mencapai kecerahan maksimum,’’ kata agensi itu dalam kenyataan akhbar.

Komet Lulin berada pada kedudukan 0.41 AU (unit Astronomi) dan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi pada 24 Februari - lebih kurang 14.5 kali jarak antara Bumi dan Bulan.

Satu AU bersamaan jarak di antara Bumi dan Matahari (150 juta kilometer).

Maklumat lanjut pasal komet Lulin blh didapati di sini.

-------cont----------------------------Komet Lulin Beracun---------------------------

Komet beracun menuju ke bumi ARIZONA - Sebuah komet yang melepaskan gas beracun di angkasa sedang menuju ke arah bumi, lapor sebuah akhbar semalam. Komet itu yang dikenali dengan nama Lulin yang memancarkan cahaya hijau telah ditemui setahun lalu Ia ditemui oleh seorang pelajar meteorologi, Quanzhi Ye yang berumur 19 tahun ketika melakukan pemerhatian di balai cerap Lulin di Taiwan pada 2007. Gambar komet itu berjaya dirakam dengan jelas oleh seorang jurugambar amatur, Jack Newton dari sebuah balai cerap beberapa hari lalu. Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), komet itu akan mendekati bumi pada 24 Februari ini. Ketika itu jaraknya dengan bumi adalah sejauh 60.8 juta kilometer. - Agensi

0 comments: