ASSALAMUALAIKUM

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri". (surah Luqman, ayat 18).

26 February 2009

Islamic - Short Form Assalamualaikum

Walaupun benda ni dah lama diperkatakan tp ada lg yg masih melakukan. Mungkin mereka lupa atau blum tahu hakikat yg sebenar. Apa yg nk diperkatakan disini ialah penggunaan 'Akum' sebagai short form bg Assalamualaikum. Kenapa dilarang menggunakan perkataan short form ini? Ok dsini sy nk jelaskan serba sedikit apa yg tersembunyi di sebalik akum.

1. Perkataan Akum digunakan oleh orang2 Yahudi dan ditujukan kpd org bukan Yahudi yg membawa maksud 'Binatang' (dlm bahasa Ibrani).

2. Perkataan ini juga adalah short form bg "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud Hamba2 "binatang dan org2 sesat".

Kalau ia benar, apa salahnya kalau kita gna Assalamualaikum. Hya mmbezakan 1-1.2 saat tetapi lebih bermakna dan mndapat pahala lg. Mungkin kita rasa assalamualaikum itu panjang dan boleh menyebabkan 2 page SMS jadi sy syorkan gnakan lah short form 'salam'. Dan salam tu lebih baik bunyinya dari A'kum....

sma2 kita nilai....

17 February 2009

Islamic - Bulan Lahir Dalam Islam

Bagi anda yang belum tahu bulan kelahiran anda dlm bulan Islam blh cuba di web ni. Anda kena masukkan tarikh lahir dlm Masihi dan tekan convert. (Klik gambar untuk ke web tersebut)



Dalam bulan Islam pun ada maksud bg mereka yg lahir dlm bulan tersebut. Tp lupa lak link dia. Nnt ak update.

Have a nice day, Assalmualaikum...

p/s: Ak letak slot ni kejap jer.. jd copy paste n simpan ek..

Technology - Pilih Anti Virus?

Top 10 anti virus. Pc memang memerlukan anti virus untuk halang bendasing yg mampu merosak system Pc malah hardware skalipun. Jadi bagi sesiapa yang rasa konfius nak pilih mana satu anti virus yang baik disini aku mencadangkan korang cuba tgk hasil analisis satu agensi mengenai beberapa anti virus. Klik gambar untuk ke website agensi tersebut.


link rosak.. nnt ak update.. sry
Dalam senarai ni bit-defender memegang tempat pertama pada segi kualiti pertahanan virus pc yang terbaik. Namun ia juga memakan byk memori semasa pemprosesan. Tp dalam pemilihan antivirus sebenarnya bergantung kepada korang punya situasi. Maksud ak disini keupayaan pc, pengetahuan korang tentang virus dan seerti dgnya, dan apa yang korang pentingkan pada pc korang sendiri (contohnya pada aspek performance, atau lebihkan padan keselamatan, atau ditengah2). Sbgai cth: Ak lebihkan pada performance komputer coz ak tahu serba sedikit pasal virus dan treat (mungkin ak dapat halang secara manual). So aku gna anti virus yang ringan. It all up to u!!

Ilmu itu luas.... dan xkan habis.... malah semakin bertambah.. Allah maha kaya...


15 February 2009

Islamic - Syair seruan

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati,
Jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.
Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,
maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

04 February 2009

Science - Comet Lulin


Baru jer lepas peristiwa Gerhana Anular pada 26.jan lalu, dunia bakal pula menyaksikan satu lagi peristiwa yang menarik terutama pengkaji-pangkaji alam semeter. Iaitu kehadiran 'Comet Lulin' yang dijangka melintasi bumi pada 24 febuari. Komet ini akan berada berhampiran bumi sehingga Bulan April.

Sumber:

Satu lagi fenomena angkasa yang menarik dapat disaksikan apabila komet Lulin (C2007 N3) yang kini bergerak menghampiri bumi akan dapat dilihat dengan mata kasar bulan depan.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memberitahu, pergerakan komet tersebut antara buruj Scorpius dan Libra sebelum ke buruj Leo pada Februari ini telah dirakamkan dari Observatori Negara Langkawi minggu lepas.

Menurut agensi tersebut, komet tersebut dijangka mencapai tahap kecerahan maksimum dan boleh dilihat dengan mata kasar pada 24 Februari sehingga April.

“Orang ramai boleh melihat komet tersebut di bahagian timur sepanjang malam kerana kecerahan dan kelajuannya akan meningkat dari hari ke hari sehingga ia mencapai kecerahan maksimum,’’ kata agensi itu dalam kenyataan akhbar.

Komet Lulin berada pada kedudukan 0.41 AU (unit Astronomi) dan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi pada 24 Februari - lebih kurang 14.5 kali jarak antara Bumi dan Bulan.

Satu AU bersamaan jarak di antara Bumi dan Matahari (150 juta kilometer).

Maklumat lanjut pasal komet Lulin blh didapati di sini.

-------cont----------------------------Komet Lulin Beracun---------------------------

Komet beracun menuju ke bumi ARIZONA - Sebuah komet yang melepaskan gas beracun di angkasa sedang menuju ke arah bumi, lapor sebuah akhbar semalam. Komet itu yang dikenali dengan nama Lulin yang memancarkan cahaya hijau telah ditemui setahun lalu Ia ditemui oleh seorang pelajar meteorologi, Quanzhi Ye yang berumur 19 tahun ketika melakukan pemerhatian di balai cerap Lulin di Taiwan pada 2007. Gambar komet itu berjaya dirakam dengan jelas oleh seorang jurugambar amatur, Jack Newton dari sebuah balai cerap beberapa hari lalu. Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), komet itu akan mendekati bumi pada 24 Februari ini. Ketika itu jaraknya dengan bumi adalah sejauh 60.8 juta kilometer. - Agensi

03 February 2009

Personal - Terima Award... Baru ku paham..


Hahaha.... lawak bercampur lucu telah melanda kota raya Jeppa... Aduiii.... Al-Maklumlah baru berkecimpung dlm bidang blog tetiba jer kena trima award (blurrr)... Mana cek tau ape bendanya trima award tu.. ku ingatkan ambil hadiah masa kenduri nnt (kakak kawen) rupanya lain award dimaksudkan.. haha...

Pendekkan cerita jadi cita, blog Jeppa telah menerima Award !!( gempak kunun..lol) oleh Blog Karina...untuk menerima award ni. Waduh2 sih...mengapa mesti Beta? dan kenapa tidak mereka?. Xpa2... ku truskan juga..

Apa yang disuruh buat? Buat dono je la.... haha..

1. Namekan 3 org yg korang syg
2. Senarai 3 benda paling korg syg or hargai
3. Senarai kn 3 blog yg korg nk adiah kn award ni
hehe tu je...senang kn?

1. Tak boleh nak jawab sebab lebih dari 3 ( soklan tak diterima ..hehe)

2. (Benda) Computer, Selipar Jepun Itam, Berus gigi hijau.

3. Adui... xcukup member lagi untuk menghadiahkan Award nih... tunggu 2,3 miggu lg kot..

sabor la cik Karina
------The End------

Islamic - Hindari Blog yang menyesatkan

Flag/Report this Blog!!



Ini aku dapat dari sorang member di blog http://eins.jomphp.com/.
Ada 2 blog yg beliau katakan yg memaparkan ajaran2 yg mengelirukan dan boleh menyebabkan kita umat Islam terjerumus ke arah kesesatan.

2 blog tersebut ialah

1. http://www.syurga-islam.blogspot.com

2.
http://www.adibahahmed.blogspot.com

Kepada Saudara/Saudari se-Islam sebarkan demi Agama kita


02 February 2009

Humor - Pantun Ultraman..(Awesome)

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.