ASSALAMUALAIKUM

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri". (surah Luqman, ayat 18).

20 January 2009

Crisis - Sejauh mana usaha kita?

GAZA: Tentera Israel yang menerima arahan Menteri Luar Ehud Barak, bertindak menutup Semenanjung Gaza dari dunia luar selama tujuh hari berturut-turut mulai semalam, sehari selepas jet pejuangnya membunuh tujuh warga Palestin atas alasan mengekang serangan roket ke negara Yahudi berkenaan.

Ini menjadikan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin maut di tangan Israel dalam tempoh tiga hari.

Tindakan kejam rejim Zionis itu dibuat ketika Perdana Menterinya Ehud Olmert berikrar meningkatkan operasi dan serangan ke atas kumpulan bersenjata di wilayah Gaza yang serba serbi miskin dan ditadbir Hamas.

Seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan ketika mengumumkannya berkata penutupan Gaza membabitkan aspek lalu lintas perdagangan dan individu.

“Laluan mungkin dibuka jika membabitkan kepentingan kemanusiaan.?

0 comments: