ASSALAMUALAIKUM

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri". (surah Luqman, ayat 18).

23 January 2009

Fact - Banggunan tertinggi didunia


Dunia sekarang dah semakin gila-gila. Kali ni di Jeddah , Arab Saudi. Menara tertinggi di dunia bakal dibina. Ketinggian pulak mencecah 1.3K. Apa ke halnya nih? Menara petronas pun ak x sanggup duk kat atas tu. Tu pun baru 425meter. Tp ini sampai cecah 1.3k... fuhhh.. Dunia akhir zaman, semua nak banggakan Negara masing2 sampaikan yang mati kebulur pun dibiarkan...Tp masing2 punya pandanganlah.

RIYADH, Arab Saudi 13 Okt. – Kerabat diraja Saudi, Putera Al-Waleed Talal berkata, beliau merancang mem bina bangunan paling tinggi di dunia di bandar Jeddah tidak lama lagi.

Menurut kenyataan oleh syarikatnya, Kingdom Holding, ketinggian bangunan berkenaan dijangka melebihi 1,312.4 meter dan akan menjadi satu projek terbesar Arab Saudi.

Ia dijangka menelan kos sehingga 100 bilion riyal (RM93.9 bilion). Projek yang akan dikenali sebagai Kingdom City itu akan meliputi keluasan 23 juta meter persegi dan akan dilengkapi dengan kawasan kediaman mewah, hotel, pusat membeli-belah dan pejabat.

Sebelum ini, bandar Dubai di Emiriah Arab Bersatu juga mengumumkan ia akan membina bangunan melebih satu kilometer tinggi. – AP

0 comments: