ASSALAMUALAIKUM

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri". (surah Luqman, ayat 18).

16 October 2011

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…

Bismillahirrahmanirrahim

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

04 September 2011

Fitnah Huru-Hara dan Doa Perlindungan Sebagai Signal Huru-Hara yang Mendatang

Telah bersabda Nabi Muhammad SAW kepada Syaddad ibnu Aus : Jika kamu melihat manusia memperbanyak emas dan perak maka hendaklah kamu membanyak membaca zikir (doa) ini.




Menariknya doa ini yang ditemukan di dalam 'Munajat Ahlus Sunnah Wal Jamaa'ah' yang disediakan oleh Muayyid Abdul Fattah Hamdan... secara khusus mengandungi dua maklumat penting:

1. Nabi Muhammad SAW telah diajar dan diberitakan tentang apa yang akan terjadi di masa hadapan oleh Allah SWT. Di dalam keterangan doa terkandung satu intipati penting iaitu 'Jika kamu melihat manusia memperbanyak emas dan perak'. Ini bermakna Nabi Muhammad SAW mengetahui dan telah memberitakan semenjak 1,400 tahun yang lalu bahawa akan tiba suatu zaman di mana manusia secara tiba-tiba dan terdesak AKAN MENGUMPUL EMAS DAN PERAK SEBERAPA BANYAK YANG MUNGKIN.

Apa yang kita sedia maklum... selepas sistem matawang seluruh dunia mulai digantikan dengan sistem matawang fiat dan Perjanjian Bretton Woods menyaksikan negara-negara dunia menukarkan sandaran wang mereka daripada emas kepada Dollar Amerika, nilai dan kepentingan emas dan perak di dunia telah menurun mendadak secara tiba-tiba.

Tiba-tiba selepas kejadian 2 Ogos 2011 baru-baru ini yang menyaksikan Amerika hampir-hampir diisytiharkan muflis, masyarakat dan negara seluruh dunia telah mulai memperbanyakkan simpanan emas dan perak mereka dengan sepantas-pantasnya dan sebanyak-banyaknya. Ini benar-benar bersesuaian dengan pernyataan Baginda Rasulullah SAW pada 1,400 tahun yang lampau.

2. Di dalam intipati doa sendiri, terdapat sesuatu yang penting yang dapat diperolehi daripada maksud doa ini iaitu:".., dan jika Engkau berkehendak menguji hamba-Mu maka matikanlah aku tanpa difitnah,.."

Di dalam konteks Islam yang kita sedia maklum, fitnah biasanya merujuk kepada huru-hara, pembunuhan dan lain-lain perkara yang bersifat ujian.

Fitnah pula mungkin boleh kita bahagikan kepada tiga jenis iaitu:

a) Fitnah perkhabaran buruk. Yang selalu disebar-sebarkan kepada orang dengan tujuan memburukkan orang lain sedangkan yang diburukkan tidak sama sekali pernah melakukan apa yang diperkatakan itu. Maka ini adalah fitnah.

b) Jika didasarkan dengan al-Quran dan hadis, fitnah juga biasanya merujuk kepada kekafiran, kekacauan besar, pembunuhan besar (mass genocide), kemusnahan, kebinasaan, musibah, bencana, godaan besar, gangguan dan juga fitnah di dalam kubur.

c) Fitnah yang besar. Fitnah ini seperti dinyatakan di dalam hadis, telah diperingatkan oleh setiap Nabi-nabi yang disampaikan kepada setiap umat-umat sebelum Nabi Muhammad SAW. Sehingga ke tahap tiada seorang pun Nabi yang datang melainkan mereka akan memberi peringatan tentang fitnah besar ini. Iaitu suatu fitnah yang tidak pernah ada sebesar ini sebelumnya, dan tidak akan ada pula sebesar ini selepasnnya.

Apakah Fitnah Yang Besar ini?

Itulah dia Fitnah Al-Masih Dajjal.

Jika kita jaringkan kedua-dua isi penting ini, akan ditemukan kesimpulan bahawa:1. Pengumpulan emas dan perak secara besar-besaran akan berlaku pada suatu saat yang mendatang seperti diceritakan oleh Baginda Rasulullah SAW.Dan melihat kepada situasi dunia sekarang...Kemungkinan.. Kemungkinan besar..Zaman dan saat yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah SAW adalah SEKARANG.

2. Dan menuruti pengumpulan emas dan perak itu.. adalah akan terjadi suatu huru-hara atau fitnah. Boleh jadi fitnah yang dimaksudkan adalah huru-hara biasa. Boleh jadi juga fitnah yang dimaksudkan adalah fitnah yang besar.Wallahu'alam.

Sebaiknyalah minda yang mahu berfikir mula membuat persediaan yang sewajarnya berdasarkan pemberitaan-pemberitaan dan signal-signal yang telah disediakan oleh Baginda Rasulullah SAW buat umatnya yang mahu berfikir dengan izin Allah SWT.

Wallahu'alam.

23 April 2011

Hero dalam games


* "Wah... hebat gak ko kontrol hero tu, sampai tahap paling power. Mantap dan terbaekkk!!.."

* "Bapak ah, fat giler ko. Sampai Rampage!!!"- by dak dota."

* "Ko dah sampai level paling tinggi ni, patut la slumber ko kill boss"




Haha.. itu ayat-ayat kaki-kaki gamers walaupun bukan main dengan kaki. Best pe main games. Diri merasa puas, boleh memekak, boleh memekik, hilang tension gua (saya). Tapi saya terfikir, cuba kalau saya letak diri ni sebagai hero tu, sedikit demi sedikit melalui halangan, gain more experience, upgrade skill, wah! bestnyer... tapi sedar tak sedar itu lah kita sebenarnya. Hidup diuji, dididik dan dijaga. Cuma yang membezakan kita dengan character hero dalam games adalah, hero tu mempunyai limit di dunia maya, tapi manusia selepas di dunia, akhirat pula menunggu.

Ujian terlalu banyak. Kalau dalam game Crysis dengan askar-askar yang control pintu masuk dengan pistol-pistol, shotgun, pump gun, blaster dan macam-macam lagi slumber jer kita cari jalan untuk cuba lepasi kawalan tu. Nak tak nak kita terpaksa lalu gak sebab nak pergi ke stage/level seterusnya. Baru la leh dapat suite atau baju baru kan, yang lagi power. Haha.. teringat pulak saya time main dota suatu masa dulu, seakan-akan nak giler kalau tak mampu naikkan level dengan cepat. "Hang tengok la depa, level 2 kali ganda, apeke hel nyer." Seronok main games.

Dalam surah Al-alaq ayat 5, "Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"

Dan ingatlah juga..

Surah Al-Baqarah ayat 282, "Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu, dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"

Manusia di didik oleh Allah samada mereka sedar atau pun tak. Setiap ujian itu bukan semata-mata untuk menyusahkan hambanya, akan tetapi juga sebagai didikan supaya kekuatan iman semakin utuh, akhlak semakin baik, moral semakin tinggi dan diberi pula ganjaran atau bekalan untuk akhirat nanti. Tidak kah kita nampak betapa pemurah lagi penyayang pencipta kita? Adakah dalam games kita mampu meletakkan character hero di tempat yang terbaik? untuk selama-lamanya?

Kawan-kawan, sahabat-sahabatku, seudara-saudaraku, kita ibarat hero dalam games. Tapi kita bukanlah dalam permainan. Tapi didalam ujian. Permainan hanyalah untuk mencapai satu tahap yang gembira, the end of that time kembali normal. Ujian ini adalah ujian Allah, the end of that time (kiamat), sama ada buruk atau baik, kiri atau kanan. Yang pasti hanyalah Allah yang maha mengetahui. Akan tetapi semuanya dari kita, yang masih sedar, yang terbaca blog ni, yang faham erti hidup.

Juga saya ingin bagitau, antara jalan terbaik untuk meraih cinta adalah dengan sentiasa rendah hati. Dengan berakhlak mulia, orang yang rendah hati meningkatkan martabat sosialnya serta menambah cinta dan kasih dan sayang orang terhadapnya. Kerendahan hati bukanlah penghinaan diri. Kerendahan hati merupakan satu sikap yang mulia dan watak yang percaya pada diri, sedangkan peghinaan diri timbul dari kerendahan moral dan tidak ada kepercayaan diri.

Bersyukur dengan ape yang ada. Sabarlah, sabarlah, dengan ape ujian terutama ujian hati. Sakit, pedih, sesungguhnya Allah tetap bersama orang-orang yang sabar. Dan percayalah dengan firman Allah:

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan/keburukan yang ditujukan kepada kamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" - surah Fussilat, ayat 34).

Janganlah menyimpan perasaan dendam, teruskan berusaha, berdoa pada Allah agar kita semua dalam satu hati, satu matlamat iaitu akan mengadap Allah. Renunglah sejarah dakwah Rasulullah. Pahit getir dalam dakwah supaya semua orang sujud pada yang esa. Supaya semua orang memiliki akhlak yang baik. :)

12 April 2011

New animation from Les Copaque

Slot berbincang di forum cari

Concept:









want more visit http://www.padazamandahulu.com/topsecret/