ASSALAMUALAIKUM

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri". (surah Luqman, ayat 18).

31 January 2009

Politic - PM Turki Bengang Isu Gaza

PM Turki bengang dengan isu gaza. Berani bersuara di depan org ramai. salute!!

23 January 2009

Islamic - Kemanakah roh kita pergi setelah keluar dari jasad?

Abu BakarR.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu BakarR.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Sciece - Gerhana Separa Matahari (Gerhana Anular)



Peristiwa bersejarah dunia akan berulang pada 26 Januari 2009 dimana dunia bakal menyaksikan gerhana separa matahari. Peristiwa ini dapat disaksikan d negara kita Malaysia pada jam seperti berikut.. (Amnya pada pukul 4.30ptg-7.00ptg)

ini aku ambik beberapa bahagian sahaja..

Untuk maklumat lanjut anda boleh mendownload maklumat mengenai gerhana ini di Sini *.pdf

Fact - Banggunan tertinggi didunia


Dunia sekarang dah semakin gila-gila. Kali ni di Jeddah , Arab Saudi. Menara tertinggi di dunia bakal dibina. Ketinggian pulak mencecah 1.3K. Apa ke halnya nih? Menara petronas pun ak x sanggup duk kat atas tu. Tu pun baru 425meter. Tp ini sampai cecah 1.3k... fuhhh.. Dunia akhir zaman, semua nak banggakan Negara masing2 sampaikan yang mati kebulur pun dibiarkan...Tp masing2 punya pandanganlah.

RIYADH, Arab Saudi 13 Okt. – Kerabat diraja Saudi, Putera Al-Waleed Talal berkata, beliau merancang mem bina bangunan paling tinggi di dunia di bandar Jeddah tidak lama lagi.

Menurut kenyataan oleh syarikatnya, Kingdom Holding, ketinggian bangunan berkenaan dijangka melebihi 1,312.4 meter dan akan menjadi satu projek terbesar Arab Saudi.

Ia dijangka menelan kos sehingga 100 bilion riyal (RM93.9 bilion). Projek yang akan dikenali sebagai Kingdom City itu akan meliputi keluasan 23 juta meter persegi dan akan dilengkapi dengan kawasan kediaman mewah, hotel, pusat membeli-belah dan pejabat.

Sebelum ini, bandar Dubai di Emiriah Arab Bersatu juga mengumumkan ia akan membina bangunan melebih satu kilometer tinggi. – AP

22 January 2009

Motivation - You Fail?Then stop there?

Semalam member aku ada bgtau ada 1 video best. Pastu ak tgk......hurmm.. mmg menarik. mari kita tgk sama2.




Are You Going to Finish Strong - video powered by Metacafe

21 January 2009

Fact - Intel Core I7

Zaman sekarang skali pandang agaknya dah jadi terlampau extreme dan sememangnya x sempat untuk kita follow . Baru jer keluar duo core pejam celik dah menjelma core 2 duo (pc aku skrang). Selang jer brapa bulan keluar plak core 2 quad, core 2 extreme, quad core extreme dan bermacam2 lagi la yg berquad dan core.. Dah semena-menanya kuar plak yg terbaru core i7. Ntah la labu... bgaikan 20 tahun bezanya dgn pc ak nih..


info core i7...

Produced November 2008
Common manufacturer(s) Intel
Max Cpu clock 2.66 GHz to 3.2 GHz
QuickPath Interconnect speeds 4.8 GT/s to 6.4 GT/s
Min feature size 45 nm
Instruction set x86, x86-64, MMX, SSE, SSE2, SSE3, SSSE3, SSE4.1, SSE4.2
Microarchitecture Nehalem
Cores 4
Socket(s) Socket B (LGA 1366)
Core name(s) Bloomfield

Crisis - Israel tembak budak di kepala

Ya Allah Hancurkan lah musuh Islam ini sehancur-hancurnya..amin

berita di kupas dari www.bharian.com.my.

KAHERAH: Doktor yang mengendalikan satu-satunya mesin pengimbas otak di hospital di Mesir berhampiran Gaza terkejut apabila mendapati ramai kanak-kanak Palestin yang tiba dengan peluru berada di dalam kepala.

Dalam masa sehari minggu lalu, kakitangan Hospital -Al Arish di Sinai dipanggil untuk mengadakan imbasan CAT pada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, dua mangsa berusia 10 tahun dan seorang remaja 14 tahun, setiap seorang dengan peluru terlekat pada otak selepas diserang oleh tentera Israel dalam operasi mereka di Gaza.

Pegawai Israel, bagaimanapun terus bertegas menafikan tentera sengaja mensasarkan penduduk awam sebaliknya menyalahkan Hamas kerana berlindung di dalam rumah penduduk Gaza dan menjadikan mereka sebagai perisai manusia. ............

20 January 2009

Humor - Rumah tangga kucing

ish2.. Klu kita lihat pada sudut 45° otak sbelah kiri, kucing pun berkomunikasi sbenarnya..

Islamic - Kenapa 4 persegi?


Sedikit info pasal kaabah.

Mengapa Ka'bah terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empatpersegi (cube).

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Personal - Mencari Link yg menarik

So, menda ni dah lama aku fikirkan. Boring duk tgk web yg sama, klu x frenster, utube, xpun Utusan, bharian, metro n so on. Jom share nice link yg blh bg pekdah skit.

Forum cari- www.cari.com.my
After Effect tutorial - www.videocopilot.net
Main games direct- http://games.yahoo.com
Cari Art yg menarik-http://www.deviantart.com
Tgk Movie n Tv online- www.syoktv.net
Upload gambar untuk web page - www.photobucket.com



so ak perlukan suggestion tuk link yg berfaedah tuk kita serve.

Sport - Scoring goal plg jauh dlm perlawanan

Wow, ini goal yg plg jauh yg pernah jumpa. ( selain dari cite shoalin soccer) melebihi 90 yard.


benda kebetulan jer sbenarnya. Keeper juz nak buang bola, tp lain plak jadinya.. haha..

Crisis - Sejauh mana usaha kita?

GAZA: Tentera Israel yang menerima arahan Menteri Luar Ehud Barak, bertindak menutup Semenanjung Gaza dari dunia luar selama tujuh hari berturut-turut mulai semalam, sehari selepas jet pejuangnya membunuh tujuh warga Palestin atas alasan mengekang serangan roket ke negara Yahudi berkenaan.

Ini menjadikan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin maut di tangan Israel dalam tempoh tiga hari.

Tindakan kejam rejim Zionis itu dibuat ketika Perdana Menterinya Ehud Olmert berikrar meningkatkan operasi dan serangan ke atas kumpulan bersenjata di wilayah Gaza yang serba serbi miskin dan ditadbir Hamas.

Seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan ketika mengumumkannya berkata penutupan Gaza membabitkan aspek lalu lintas perdagangan dan individu.

“Laluan mungkin dibuka jika membabitkan kepentingan kemanusiaan.?

19 January 2009

Islamic - Semangat yg ditanam Yahudi




“Kau dah siap ke? Jom la ke kelas”

Saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas. Sebaik sahajakami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TVPendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuahnursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringisebuah piano, menyanyikan lagu berikut:

Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam…

Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut. Kanak-kanaksemuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuhkeceriaan dan kegembiraan.

Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalamingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkandi mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan nasyid mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwaitu berlaku (1996).
Sesungguhnya gambar-gambar di atas adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar 'mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpalmereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi inimengucapkan ’salam’ kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin.Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan dikawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.

Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kitasetuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.

Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arabdan Islam!

Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.

Anak kita bagaimana?

Fact - Reality bkn Fantasi

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbandingkeseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah- labah daripada takutmati.

5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca email ini akan cuba untuk menjilat sikunya.


Anda bagaimana?

Humor - suweiiiii

Alkisah pada suatu hari ada tiga orang sahabat yang bernama giler,gaduh dan otak. Gaduh hilang,giler dan otak pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan gaduh. sampai dibalai polis,giler masuk ke dalam dan otak tunggu di luar.

polis:boleh saya tolong encik?
giler:saya nak cari gaduh
polis:awak ni giler ke?
giler:a'ah saya giler
polis:awk ni tak ada otak ke?!!
giler:ada... otak ada kat luar...

lol....

Humor - teka teki

Teka-teki :HITAM BERPELUH..HA. .APE2??
Jawapan :SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU. .

Teka-teki :APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG
Jawapan :SELUAR DALAM LERRR

Teka-teki :antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang paling tinggi?
Jawapan :kuih lepat liat la... sebab kapal terbang sampai langit je,tp kuih lepat liat sampi LELANGIT...

Teka-teki :byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?
Jawapan :kotak penaltilah wawawa

Teka-teki :Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar teka teka kalo terrer... ..! !
Jawapan :selipar maner boley buat gali tanah... ... gune cangkol lar huehuehueheu! !

Teka-teki :Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin nikmat rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe... .)
Jawapan : mata lah jawapan nyer...

Teka-teki :3 kepala, 6 mata, 8 ka! ki. Apakah Ia?
Jawapan :Koboi naik kuda bawa ayam.

Teka-teki :MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.
Jawapan :LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY

Teka-teki :scorpion kaler apa?
Jawapan :kala jengking la..

Teka-teki lm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip
Jawapan :kerani

Teka-teki :Ada sorang iman, tengah sembahyang lepas tu ada sekor anjing lalu depan
dia..pastu dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?
Jawapan :Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri

Teka-teki :4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?
Jawapan :sbab tak hujan