ASSALAMUALAIKUM

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri". (surah Luqman, ayat 18).

04 September 2011

Fitnah Huru-Hara dan Doa Perlindungan Sebagai Signal Huru-Hara yang Mendatang

Telah bersabda Nabi Muhammad SAW kepada Syaddad ibnu Aus : Jika kamu melihat manusia memperbanyak emas dan perak maka hendaklah kamu membanyak membaca zikir (doa) ini.




Menariknya doa ini yang ditemukan di dalam 'Munajat Ahlus Sunnah Wal Jamaa'ah' yang disediakan oleh Muayyid Abdul Fattah Hamdan... secara khusus mengandungi dua maklumat penting:

1. Nabi Muhammad SAW telah diajar dan diberitakan tentang apa yang akan terjadi di masa hadapan oleh Allah SWT. Di dalam keterangan doa terkandung satu intipati penting iaitu 'Jika kamu melihat manusia memperbanyak emas dan perak'. Ini bermakna Nabi Muhammad SAW mengetahui dan telah memberitakan semenjak 1,400 tahun yang lalu bahawa akan tiba suatu zaman di mana manusia secara tiba-tiba dan terdesak AKAN MENGUMPUL EMAS DAN PERAK SEBERAPA BANYAK YANG MUNGKIN.

Apa yang kita sedia maklum... selepas sistem matawang seluruh dunia mulai digantikan dengan sistem matawang fiat dan Perjanjian Bretton Woods menyaksikan negara-negara dunia menukarkan sandaran wang mereka daripada emas kepada Dollar Amerika, nilai dan kepentingan emas dan perak di dunia telah menurun mendadak secara tiba-tiba.

Tiba-tiba selepas kejadian 2 Ogos 2011 baru-baru ini yang menyaksikan Amerika hampir-hampir diisytiharkan muflis, masyarakat dan negara seluruh dunia telah mulai memperbanyakkan simpanan emas dan perak mereka dengan sepantas-pantasnya dan sebanyak-banyaknya. Ini benar-benar bersesuaian dengan pernyataan Baginda Rasulullah SAW pada 1,400 tahun yang lampau.

2. Di dalam intipati doa sendiri, terdapat sesuatu yang penting yang dapat diperolehi daripada maksud doa ini iaitu:".., dan jika Engkau berkehendak menguji hamba-Mu maka matikanlah aku tanpa difitnah,.."

Di dalam konteks Islam yang kita sedia maklum, fitnah biasanya merujuk kepada huru-hara, pembunuhan dan lain-lain perkara yang bersifat ujian.

Fitnah pula mungkin boleh kita bahagikan kepada tiga jenis iaitu:

a) Fitnah perkhabaran buruk. Yang selalu disebar-sebarkan kepada orang dengan tujuan memburukkan orang lain sedangkan yang diburukkan tidak sama sekali pernah melakukan apa yang diperkatakan itu. Maka ini adalah fitnah.

b) Jika didasarkan dengan al-Quran dan hadis, fitnah juga biasanya merujuk kepada kekafiran, kekacauan besar, pembunuhan besar (mass genocide), kemusnahan, kebinasaan, musibah, bencana, godaan besar, gangguan dan juga fitnah di dalam kubur.

c) Fitnah yang besar. Fitnah ini seperti dinyatakan di dalam hadis, telah diperingatkan oleh setiap Nabi-nabi yang disampaikan kepada setiap umat-umat sebelum Nabi Muhammad SAW. Sehingga ke tahap tiada seorang pun Nabi yang datang melainkan mereka akan memberi peringatan tentang fitnah besar ini. Iaitu suatu fitnah yang tidak pernah ada sebesar ini sebelumnya, dan tidak akan ada pula sebesar ini selepasnnya.

Apakah Fitnah Yang Besar ini?

Itulah dia Fitnah Al-Masih Dajjal.

Jika kita jaringkan kedua-dua isi penting ini, akan ditemukan kesimpulan bahawa:1. Pengumpulan emas dan perak secara besar-besaran akan berlaku pada suatu saat yang mendatang seperti diceritakan oleh Baginda Rasulullah SAW.Dan melihat kepada situasi dunia sekarang...Kemungkinan.. Kemungkinan besar..Zaman dan saat yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah SAW adalah SEKARANG.

2. Dan menuruti pengumpulan emas dan perak itu.. adalah akan terjadi suatu huru-hara atau fitnah. Boleh jadi fitnah yang dimaksudkan adalah huru-hara biasa. Boleh jadi juga fitnah yang dimaksudkan adalah fitnah yang besar.Wallahu'alam.

Sebaiknyalah minda yang mahu berfikir mula membuat persediaan yang sewajarnya berdasarkan pemberitaan-pemberitaan dan signal-signal yang telah disediakan oleh Baginda Rasulullah SAW buat umatnya yang mahu berfikir dengan izin Allah SWT.

Wallahu'alam.

0 comments: