ASSALAMUALAIKUM

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri". (surah Luqman, ayat 18).

30 January 2010

Ilmu dan darjat

Assalamualaikum

Terdetik dalam hati saya untuk berkongsi beberapa pandangan tentang ilmu. Ilmu kalau nak dikira tak terhingga luasnya malah dengan ilmu segala-galanya mampu terjadi (dengan izin Allah). Sebab itu Islam mewajibkan kita menuntut ilmu demi mengubah kehidupan kearah yang lebih baik.

Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu kerana ilmu menjadi sempadan yang membezakan antara seseorang manusia dengan yang lain. Firman Allah S.W.T

•“Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.” (Surah al-Zumar, ayat 9).

Ilmu pengetahuan juga menjadi alat bagi mencapai tahap keimanan sempurna dan pengukur ketakwaan seseorang kepada penciptanya. Ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berhubungan dan saling mempengaruhi.

Bagi seseorang Muslim ilmu, iman , dan amal menjadi kayu ukuran ketakwaan kepada Allah dan bukan bangsa, keturunan, harta benda, dan warna kulit yang akan dinilai. Orang yang berilmu juga akan diangkat darjatnya, firman Allah:

•“Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Kedudukan serta martabat orang berilmu diangkat dan diletakkan di tempat yang tinggi. Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, memberi kekuatan ketika dalam kesusahan dan berhadapan dengan musuh. Dengan ilmu, manusia dapat menjalankan ibadah secara sempurna serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

Ada yang kata nak habis belajar cepat-cepat, dah bosan belajar bertahun-tahun, otak pun boleh jem kalau camni. Huhu.. Sebenarnya dengan ilmu kita mampu untuk hidup kearah yang lebih baik. Tak kan kita nak tengok graft kemajuan kita pada tahap sama sepanjang tahunkan?..

Tentang apa yang kita pelajari tidaklah menjadi agenda selagi mana ilmu tersebut bermanfaat dan diredhai Allah. Samada dalam bidang kedoktoran, engineering, komputeristik dan pelbagai lagi sector dan cabang ilmu pegetahuan yang mampu membangunkan ummah.

Namun harus diingat, menuntut ilmu bukan untuk bersaing dengan ilmuwan yang ada, bukan berbahas demi memperoleh kemenangan dan bukan untuk menjadi masyhur. Tetapi hanyalah untuk mencari keredaan Allah semata-mata. Sabda Rasulullah S.A.W:

•“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari reda Allah, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Kata-kata ini saya tidak tujukan khas kepada sesiapa tapi sebagai peringatan kepada diri ini yang selalu lupa dan leka.

26 January 2010

change my 2nd blog address

from http://jiwa-kabut.blospot.com to http://jeffdesign4u.blogspot.com/